Monday, 19 January 2009

Anak-anak dilahirkan bersih seperti kain putih...


Beberapa hari lepas, sedang aku update blog, azan di komputer berkumandang. Maryam yang sedang duduk-duduk main terus angkat kedua-dua tangan di telinga.
Itu adalah tindakan spontan bayi yang berumur 1 tahun 2 bulan. Hanya melalui pemerhatian di tv, dia tahu azan menyeru umat Islam untuk menunaikan solat...
Kukhabarkan perkara itu kepada Abg Azam dan dia bertanyakan soalan mudah kepada 'Aisyah. Jawapannya baru sekali diajar tetapi terus diingati dengan mudah. Dia 'test' sekali tindakan refleks Maryam bila dengar azan.

videoBenarlah, anak-anak dilahirkan fitrahnya bersih dan putih. Terpulang kepada ibubapanya yang mencorakkannya menjadi seorang yang soleh dan solehah atau sebaliknya. Ingatlah, betapa besarnya tanggungjawab ibubapa yang memikul tugas mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang sebenar...

Teringat kata pesanan di cenderahati hari keluarga untuk anak2 saudara yang cemerlang UPSR..'belajaq pandai-pandai, sembahyang jangan tinggai'...

Tepat sekali pesanan tu, sesuai setiap masa dan ketika.

No comments:

Post a Comment